Si Pura-Pura VS Si Pari-Pari......Part : One


Tersebut lah kisah....di satu opis yang bernaung nun atas di sebuah bukit..hehe intro mau gempak..sedari aku sampai tadi Pn. P tak ada...rupa2nya dia kena bicara di mahkamah. Jadi,aku pun mencuri masa menulis post untuk pagi ni..awal2 pagi lagi semua terkocok-kocoh pergi assembly mendengar titah dari Ketua Bukit hahaha..suka suka je aku meletak title. Semua wajib menghadirkan diri walaupun sebenarnya yang pergi tu sekadar nak bergossip je. Tetapi dikecualikan kepada ibu- ibu mengandung dan orang-orang yang ada masalah kesihatan just like Me. One more time lesen besar dari sepital amat berguna untuk aku. Dengar cerita assembly tu memang berdiri tengah-tengah hangat beb sambil berlantaikan tar yang membahang. Cayalah pada brader-brader Polis yang lengkap beruniform kompom peluh meleleh sampai buku lali punya. Cici aku cerita ada brader polis yang baru lepas kawad tak pasal-pasal tumbang jatuh pitam dek kerana tak tahan mengalami dehidrasi yang terlampau. Eh! aku ni dah salah cerita ni..sebenarnya nak cerita tentang Si Pura-Pura ni..pagi2 lagi dah buat mood aku lari. Dengan muka baget cun tu poyo je jeling2 kat aku. Kalau nak tengok muka aku tengok je lah tak payah lah jeling2. Tu kalau time Si Pura-Pura ni tak ada apa2 nak minta tolong kat aku lah...Try kalau time dia nak mintak tolong..Mak Ai...Dari muka pintu lagi dia senyum meleret dah tu siap panggil nama aku ala-ala manja. Ceh!! That ur last time bebeh, aku tak akan lagi tergoda dengan senyuman kambing mu itu. Jahat kah aku?? Memang aku jahat, kalau orang yang buat jahat kat aku dulu. Ok lah..aku nak tolong Cici aku buat kerja nanti ada time aku stowi lagi khabar-khabar dari atas bukit itu pun kalau Si Pura-Pura tu tak menghambat mood aku lari lintang pukang. I fedap You..

Rabu...Bersama Doktor R..


Semalam, hari cuti secara terhormat..hehe..peluang merehatkan diri sementara masih ada lesen..Masuk bulan ni cukup 5 bulan aku berulang alik berdating dengan doktor.. Nasib baik semalam kad appoiment aku masuk bilik doktor yang ok.. kalaulah jumpa Dr.Kelam Kabut buat susah hati aku je.. Benda yang sikit dibesar2kan elok2 tekanan darah aku stabil terus melompat naik tingkat 28. Hah! Menurut Dr.R, cewah macam baca berita pulak..beliau cakap result darah aku so far semua ok....cuma 3 bulan sekali kena repeat lagi test darah yang buat kat obersi tu...kopak lagi gaji aku...tapi Alhamdulillah aku pun rasa semakin ok..dan berat badan aku pun bertambah tambah lah ok jadinya...huhu...best je Si Dia bila tau berat aku dah mencecah 40kg plus plus. Bukan main dia sebelum ni beriya-iya nyuruh aku makan lebih sikit..setiap kali dating mesti belikan aku Chocolate Cadbury la Ice Cream Vanilla la...Amboi! suka lah tu bila pipi aku ni dah bulat macam pinggan, nanti 2,3 bulan lagi muncul lah pulak spare part yang tak di order kat sini sana...time tu kalau Si Dia buat perangai nak cari lain yang ramping mamping siap dia!! Aku cubit dia laju-laju...Ha baru teringat satu kejadian. Semalam time aku menunggu giliran untuk masuk jumpa doktor, macam biasa aku port betul-betul bawah tv bukan apa motif aku tak lain tak bukan nak melangut tengok cita Indon yang pukul 2 ptg tu..Tasbih Cinta tu..bukan ikut sangat pun saja malas nak melayan kalau ada makcik-makcik yang ajak nak bersembang. Kalau aku buat-buat kusyuk tengok tv mesti diorang tak kacau punya..hehe..boleh plak macam tu kan? Tengah pura-pura tengok tv tu, secara tak sengaja mata aku ni pun terpandang lah ke arah kuanter makmal urin test kat sebelah kiri aku..Auch!! Sapa mamat tu? Mana MLT India tu? Takkan dah pencen kot... Dalam aku dok mengusha tu boleh pulak mamat tu perasan dan on the spot dia senyum kat aku.. baru nak gelabah ayam aku. Apataknya agak lama jugaklah aku dok tengok dia..Rupanya mamat tu budak praktikal larr...patut lah...patut lah apa? Patut lah muda dan ensem..Hehe..kalau nak harap staff semuanya warga emas belaka tunggu haribulan jer nak pencen..Betul aku cakap. Rasa macam tak konpiden je nak bagi diorang buat urin test, mana lah tau japgi tersilap buat ke ternyanyuk ke..alamaklumlah....dan untuk Si Dia dalam kes ni..jangan jeles k..saya tetap pilih kamu..hihihi...

Sejam Sebelum Balik Time..


"Alahai Amoi, U cop pun tak cantik la.." Pn.P menegur aku..mula la aku wat muka tak bersalah. " Puan, saya ingat ink cop ni terang saya pun tak la tekan kuat2.." Pn. P pun merenung tajam pada kertas minit yang aku baru cop tu.. " Boleh lah..tapi lain kali U kasi tekan kuat-kuat ma.." Ngeengee..Hari tu, aku hentam tenyeh macam nak tembus kertas. Amik kau, sampai habis belemoih. Hahaha...Macam2... tekan kuat salah tekan lembut pun salah..tak pe la go steady..atleast aku belajar something from that.. Tup2 sampai pulak surat rahsia dari bilik Bos nombor 2..Aduhaiiii ada lagi corrections..Si Tuan P yang sorang ni memang tak pernah puas hati dengan surat yang nak mintak dia sign. Ibarat nak minta sign Perdana Menteri. TAK AKAN dia sign sewenang-wenangya mesti nak oter sesedap rasa punya. Ayat dia pulak mak ai..kalah Cekgu Sastera. Aku bagi contoh eh..ayat di perenggan akhir surat rasmi.. Ayat asal camni : Diedarkan untuk makluman pihak tuan. Tuan P tukar jadi : Diedarkan untuk makluman dan tindakan wajar dari pihak tuan selanjutnya. Siap oter guna pen merah lagi. Perrgh!! Macam lah kesalahan tu besar sangat. Dah tu..terkulat-kulat lah CiCi aku nak betulkan. Atas dasar kesian aku pun mengoperkan diri nak tolong dia buat..Bukan apa Cici yang sorang ni cepat gabra kalo bab2 surat yang nak kena Si Tuan P ni sign. Walaupun tinggal nyawa2 ikan nak dekat pukul 5 dia kalut gak nak betulkan. Sebab apa sebab KOMPOM! mesti ada lagi yang nak kena oter. Paling kurang pun 2,3 kali and paling maksima setakat aku keja kat sini 8 kali! Tak termasuk spelling correction lagi. Naik lunyai surat dan orang yang taip surat tu dibuatnya..Ada ke patut? Jadi,...~Moral Of The Story dari story aku ni..oleh itu... jangan la lagi silap taip surat atau jangan langsung bagi Tuan P tu yang sign bagi je kat Tuan atau Puan yang lain senang cerita~ Hehehe....Ok lah time pun dah Up..aku pun dah berkira2 nak balik even ada lagi saki baki 5,6 minit..bukan apa pukul 6.30 nanti aku ada date dengan Shah Jehan lak..Jangan Marah eh...

One day di hari Selasa...

Jam bulat warna merah kat opis ni dah tunjuk pukul 1, that mean tinggal aku sorang lagi arini..sunyi jek kat luar tu gamak nya dari pukul 12 tadi depa2 tu dah get out pi makan.. peluang yang ada tak berapa banyak ni dengan suka hatinya aku pun mengepostkan idea aku di sini..act. this is my first post..well dah lama si Dia tu mengesyorkan aku menulis blog, cuma aku ni jer yang selalu bagi alasan ala-ala jual mahal..but at last tercipta jugalah blog ni..Thank You Very2 Much buat si Dia ..Patot lah lately aku macam suka jer meninjau dan singgah-singgah ( macam singgah sahur tu) kat blog kawan2 aku, rupanya dah sampai seru aku nak buat blog sendiri. Betol ke baru sampai seru? Ke memang dah tak tahan nak tunggu sampai dapat laptop baru..hehe (gelak kat diri sendiri ) Pada si Dia yang paham, gelak tu cover2 sikit eh..Orait! Rasanya sampai kat sini jelah mukadimah untuk di share for all..tgk la jap2 lagi kalau En.P kat sini kuar ke pi mana2 ke..p ligan pencuri ke..leh la sambung lagi..tak pun next day..atau next day...atau next day...wallahualam..

Uncle ni Lebih Kureng Macam Aku la Sorang-Sorang kat Pejabat