Si Pura-Pura VS Si Pari-Pari......Part : One


Tersebut lah kisah....di satu opis yang bernaung nun atas di sebuah bukit..hehe intro mau gempak..sedari aku sampai tadi Pn. P tak ada...rupa2nya dia kena bicara di mahkamah. Jadi,aku pun mencuri masa menulis post untuk pagi ni..awal2 pagi lagi semua terkocok-kocoh pergi assembly mendengar titah dari Ketua Bukit hahaha..suka suka je aku meletak title. Semua wajib menghadirkan diri walaupun sebenarnya yang pergi tu sekadar nak bergossip je. Tetapi dikecualikan kepada ibu- ibu mengandung dan orang-orang yang ada masalah kesihatan just like Me. One more time lesen besar dari sepital amat berguna untuk aku. Dengar cerita assembly tu memang berdiri tengah-tengah hangat beb sambil berlantaikan tar yang membahang. Cayalah pada brader-brader Polis yang lengkap beruniform kompom peluh meleleh sampai buku lali punya. Cici aku cerita ada brader polis yang baru lepas kawad tak pasal-pasal tumbang jatuh pitam dek kerana tak tahan mengalami dehidrasi yang terlampau. Eh! aku ni dah salah cerita ni..sebenarnya nak cerita tentang Si Pura-Pura ni..pagi2 lagi dah buat mood aku lari. Dengan muka baget cun tu poyo je jeling2 kat aku. Kalau nak tengok muka aku tengok je lah tak payah lah jeling2. Tu kalau time Si Pura-Pura ni tak ada apa2 nak minta tolong kat aku lah...Try kalau time dia nak mintak tolong..Mak Ai...Dari muka pintu lagi dia senyum meleret dah tu siap panggil nama aku ala-ala manja. Ceh!! That ur last time bebeh, aku tak akan lagi tergoda dengan senyuman kambing mu itu. Jahat kah aku?? Memang aku jahat, kalau orang yang buat jahat kat aku dulu. Ok lah..aku nak tolong Cici aku buat kerja nanti ada time aku stowi lagi khabar-khabar dari atas bukit itu pun kalau Si Pura-Pura tu tak menghambat mood aku lari lintang pukang. I fedap You..

0 Response to "Si Pura-Pura VS Si Pari-Pari......Part : One"

Post a Comment