Sejam Sebelum Balik Time..


"Alahai Amoi, U cop pun tak cantik la.." Pn.P menegur aku..mula la aku wat muka tak bersalah. " Puan, saya ingat ink cop ni terang saya pun tak la tekan kuat2.." Pn. P pun merenung tajam pada kertas minit yang aku baru cop tu.. " Boleh lah..tapi lain kali U kasi tekan kuat-kuat ma.." Ngeengee..Hari tu, aku hentam tenyeh macam nak tembus kertas. Amik kau, sampai habis belemoih. Hahaha...Macam2... tekan kuat salah tekan lembut pun salah..tak pe la go steady..atleast aku belajar something from that.. Tup2 sampai pulak surat rahsia dari bilik Bos nombor 2..Aduhaiiii ada lagi corrections..Si Tuan P yang sorang ni memang tak pernah puas hati dengan surat yang nak mintak dia sign. Ibarat nak minta sign Perdana Menteri. TAK AKAN dia sign sewenang-wenangya mesti nak oter sesedap rasa punya. Ayat dia pulak mak ai..kalah Cekgu Sastera. Aku bagi contoh eh..ayat di perenggan akhir surat rasmi.. Ayat asal camni : Diedarkan untuk makluman pihak tuan. Tuan P tukar jadi : Diedarkan untuk makluman dan tindakan wajar dari pihak tuan selanjutnya. Siap oter guna pen merah lagi. Perrgh!! Macam lah kesalahan tu besar sangat. Dah tu..terkulat-kulat lah CiCi aku nak betulkan. Atas dasar kesian aku pun mengoperkan diri nak tolong dia buat..Bukan apa Cici yang sorang ni cepat gabra kalo bab2 surat yang nak kena Si Tuan P ni sign. Walaupun tinggal nyawa2 ikan nak dekat pukul 5 dia kalut gak nak betulkan. Sebab apa sebab KOMPOM! mesti ada lagi yang nak kena oter. Paling kurang pun 2,3 kali and paling maksima setakat aku keja kat sini 8 kali! Tak termasuk spelling correction lagi. Naik lunyai surat dan orang yang taip surat tu dibuatnya..Ada ke patut? Jadi,...~Moral Of The Story dari story aku ni..oleh itu... jangan la lagi silap taip surat atau jangan langsung bagi Tuan P tu yang sign bagi je kat Tuan atau Puan yang lain senang cerita~ Hehehe....Ok lah time pun dah Up..aku pun dah berkira2 nak balik even ada lagi saki baki 5,6 minit..bukan apa pukul 6.30 nanti aku ada date dengan Shah Jehan lak..Jangan Marah eh...

0 Response to "Sejam Sebelum Balik Time.."

Post a Comment